Tuesday, November 30, 2010

Kek Lapis Sepanjang Tahun

Tak kiralah Hari Raya mahupun Deepavali atau Pesta Kaamatan atau mungkin sekadar menyambut hari jadi, marilah sama-sama kita meraikan tetamu kita dengan hidangan istimewa yang diterbangkan khas dari Sarawak! Kek Lapis Original tahu, bukan dari Indonesia! Kek Lapis Indonesia tidak seenak kek lapis dari Sarawak.

Kek Lapis yang saya jual sememangnya enak-enak belaka. Bukan hendak puji sebab hendak lariskan jualan tapi memang betul sedap. Sedap yang tahap pejam-pejam mata untuk rasakan kenikmatan berganda. Sedap sampai ke tahap boleh termimpi-mimpi. Betul, tak tipu! Adik saya selalu mimpi nak makan kek lapis. kehkehkehkeh!

Okay, sudah-sudahlah mengarut wahai MakcikMuda. Cakap banyak pun tak guna. Baik bagitahu details kek lapis yang enak ini.

1. Kek Lapis India

Kek Lapis yang paling laku disukai ramai tahap nak menangis pun ada jugaklah! Dilapisi dengan coklat Cadbury, memang kek lapis ini menawan hati sesiapa sahaja. Ini semestinya kek lapis yang mampu buat kita terpejam-pejam mata sebab sedap melampau. Sambil taip ini pun dah boleh bayangkan kesedapan dia. Menyesal waktu sahur tadi tak makan sikit. hehh!

Item : Kek Lapis India

Saiz : 8" x 2.6" x 2.3" (RM40 - including postage!)
Saiz : 8"x8"x2.3" (RM130 - including postage!)


2. Kek Lapis Sisik Ikan



Cantik memanglah cantik, sedap pun iya jugak. Jangan risau, sisik itu dibuat daripada Haw Flakes, bukannya saki baki sisik ikan terubuk masin hahahahha! Okay, buat lawak tak jadi. Diamlah, MakcikMuda! Cantik tersusun sisiknya. The picture doesn't do justice to the real cake!

Item : Kek Lapis Sisik Ikan
Saiz : 8" x 2.6" x 2.3" (RM35 - including postage!)
Saiz : 8"x8"x2.3" (RM125 - including postage!)


3. Kek Lapis Masam Manis



Kek lapis pandan yang dilapisi dengan Haw Flakes. Macam Sisik Ikan tapi lainlah sikit. Ini ada rasa pandan sikit. Tidaklah seindah Sisik Ikan rupanya tapi sedap jugak! Rasanya apalagi kalau bukan masam-masam manis.

Item : Kek Lapis Masam Manis
Saiz : 8" x 2.6" x 2.3" (RM25 - including postage!)
Saiz : 8"x8"x2.3" (RM75 - including postage!)


4. Kek Lapis Pudina



Ini memang rasa berangin saje bila makan. Lepas makan, tak payah gosok gigi dah. Okay, bergurau. Sila gosok gigi selalu supaya boleh menikmati kek lapis yang sedap walaupun sudah menjangkau usia 80-an. Pesanan khidmat masyarakat dari MakcikMuda. Eeeee, kenapa suka sangat nak melencong cerita benda lain? Hohh!

Item : Kek Lapis Pudina
Saiz : 8" x 2.6" x 2.3" (RM25 - including postage!)
Saiz : 8"x8"x2.3" (RM75 - including postage!)

5. Swiss Roll Lapis



Cantiknya dan sedap juga! Macam-macam rupa pun ada. Tapi, semua rasanya adalah seperti butter cake. Harap maklum. Jangan pulak kau ingat yang warna biru itu perisa blueberry, pink itu strawberry dan sebagainya. Walaupun warnanya sangat meriah, rasa pahit pewarna tidak ada. Macam kek-kek lain yang letak pewarna, kadang-kadang rasa macam makan crayon. Swiss Roll lapis ini tidak ye. Sedap sahaja. Rasa macam makan cake. heheheh!

Item : Swiss Roll Lapis
Harga : RM25 (INCLUDING POSTAGE)

LAGI ISTIMEWA! Setiap pembelian yang harganya mencapai RM150 akan mendapat satu Swiss Roll Lapis secara PERCUMA! OMG OMG OMG! Dapat makan kek sedap dan dapat kek sedap satu lagi secara percuma! Siapa taknak memang rugi besarlah!